Posts

Showing posts from June, 2021

CARA MEMARTABATKAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA SEJAGAT

  Cara pertama adalah dengan memperbanyakkan iklan untuk mempromosikan keindahan kebudayaan dan kesenian Malaysia. Tindakan ini boleh dijalankan oleh pihak kerajaan dengan bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan agar pengiklanan dapat diperluaskan bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di kawasan luar bandar dan menjadikan iklan tersebut menarik supaya dapat menarik minat anak-anak generasi kini. Di peringkat sekolah, pihak sekolah boleh menubuhkan persatuan dan kelab kesenian dan kebudayaan Malaysia untuk memartabatkan kesenian dan kebudayaan di Malaysia. Hal ini dapat menarik minat para pelajar kerana mereka tidak akan rasa keseorangan kerana semua pelajar di sekolah akan terlibat. Pelajar juga dapat memupuk minat tentang kebudayaan dan kesenian Malaysia sejak di bangku sekolah lagi. Dalam pada itu, cara ini dapat dilaksanakan dengan mewajibkan penyertaan pelajar dan untuk menarik minat mereka, sekolah boleh menganjurkan program-program kebudayaan dan juga pertandingan kese...

CIRI-CIRI SEORANG PENARI

  Ciri-ciri seorang penari 1.     Berdisiplin dan mempunyai tahap fokus yang tinggi Penari perlu mengasah kerajinan dan berdisiplin setiap masa. Mengelak godaan lain untuk meluangkan masa yang diperlukan untuk berlatih tarian dan menetapkan keutamaan sehingga dapat mencari fokus dan disiplin yang diperlukan. 2.     Bermotivasi dan sabar Dengan mencari motivasi, penari akan tekad untuk mencapai matlamat yang dikejar. Seseorang boleh menjadi penari yang hebat apabila mereka menjadi jelas mengenai motivasi dan kesungguhan mereka. 3.     Berdedikasi dan gigih Penari mesti melakukan latihan selama bertahun-tahun. Mereka harus menerima penolakan terus berlatih untuk masa akan datang. Penari mesti terus belajar, dan membuat rutin baru. 4.     Berani dan yakin Penari perlulah menjadi berani dan yakin kerana biasanya akan...

AM I A FOLLOWER OR AM I A LEADER?

Image
 

ASAS SILAT: TUGASAN 5

  BERIKAN DEFINISI SILAT OLAHRAGA? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, silat boleh ditakrifkan sebagai seni atau sukan pertahankan diri atau kepandaian berjuang dengan menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri. Ia juga dikenali sebagai pencak  dan terbahagi kepada silat cekak, silat gayung dan silat pulut. Ahli silat dipanggil pesilat atau atlet silat. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, silat adalah berbagai-bagai jenis atau cara menyerang lawan dan mempertahankan diri baik menggunakan senjata ataupun tidak. Olahraga didefinisikan sebagai latihan atau sukan yang memerlukan pergerakan dan kekuatan fizikal, ketangkasan atau stamina menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Pertandingan olahraga mempunyai variasi seperti balapan dan padang, berlari di jalan raya, berlari merentas desa, dan lumba jalan kaki. Olahraga terbahagi kepada merangkumi acara luar dan dalam gelanggang. Contoh permainan atau pertandingan dalam gelanggang termasuklah sukan renang, badminton, bola...

ASAS SILAT: TUGASAN 4

  APAKAH IMPIAN PELAJAR TERHADAP PEMBANGUNAN SILAT DI UKM?             Silat merupakan salah satu daripada sukan yang popular di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya pernah bertanyakan hal ini kepada senior-senior dan alumni-alumni UKM dan mereka menyatakan bahawa, setiap kali pasukan silat UKM menghantar wakil untuk menyertai pertandingan, atlet-atlet silat UKM pasti akan membawa kemenangan untuk mengharumkan nama universiti. Saya juga pernah melihat rakan-rakan saya menyertai kelab silat di UKM. Mereka sering meluangkan masa bersama-sama melatih diri dalam seni pertahankan diri ini dan keluar dari UKM untuk tujuan lawatan.             Harapan saya untuk pembangunan silat di UKM adalah supaya ianya dapat diperkasakan dengan lebih dari segi penglibatan pelajar, modul latihan silat dan jenis silat yang ditawarkan. Saya perhatikan bahawa terdapat segelintir sahaja atlet s...

INTERAKSI KEKANGAN DAN HIERARKI PENGUASAAN: FORUM 2 FONOLOGI

  Kekangan interaksi merupakan cara untuk menggambarkan corak koordinasi. Ianya mula dikenalkan untuk menjadi jalan penghubung bagi menyediakan persembahan yang efisien dan fleksibel dalam koordinasi bahasa REO. Jadi, kekangan-kekangan berinteraksi untuk mencapai kepuasan sesuatu kekangan dan  meningkatkan ekspresi bahasa koordinasi berdasarkan batasan interaksi dengan membiarkan kelas operasi yang lebih besar dianggap berlaku secara normal. (Proença J., Clarke D., 2013) Hierarki penguasaan terbahagi kepada 2 bentuk interaksi kekangan iaitu dalam tugasan tatabahasa moden. Pertama,  buat sesuatu hanya bila perlu  dan yang kedua,  buat sesuatu sehingga diharamkan . Dalam konteks  buat sesuatu hanya bila perlu   muncul di bawah tajuk "Pergerakan sebagai jalan terakhir" atau, lebih umum,  Ekonomi Derivasi (Chomsky, 1989). Untuk ekonomi derivasi, pengguna lebih disarankan untuk tidak berbuat apa-apa melainkan ada pencetus. Dalam  konteks buat sesu...

ASAS SILAT: TUGASAN 3

 Peranan Wasit & Juri Wasit -           Hanya terdapat dalam kategori tanding -           Berada di tengah gelanggang bersama 2 pesilat yang bertanding -           Mengatur perjalanan perlawanan -           Menentukan hukuman dalam perlawanan -           Memastikan gelanggang dan atlet bersedia -           Menjaga keselamatan atlet -           Menghentikan perlawanan jika terdapat beberapa masalah seperti, a)       Berlaku perlanggaran b)       Atlet bergaduh c)       Atlet tercedera dll. -      ...

CARA UNTUK MENYELESAIKAN ISU DAN CABARAN ICT

ISU DAN CABARAN SOLUSI Cetak rompak   -           Cetak rompak biasanya dikaitkan dengan memuat turun filem dan lagu di platform yang tidak sah dan mengambil atau hasil karya orang secara haram. -           Cara yang paling efisien dan utama untuk isu ini adalah dengan menggesa kerajaan untuk mengetatkan undang-undang siber dan menambahbaik akta-akta yang sedia ada. -           Hukuman yang setimpal perlu dijatuhkan kepada ‘lanun-lanun’ siber berserta peminat hasil kerja pencetak rompak ini juga. -           Selain itu, kesedaran kendiri perlu dipupuk supaya kita tidak tergolong di kalangan ‘lanun’ siber.   Jenayah siber   -           Contoh jenayah siber term...

ASAS SILAT: TUGASAN 2

  Bil. Soalan Jawapan 1.          Nyatakan fungsi kekuatan otot. ·          Membina dan menghasilkan tubuh yang kuat ·          Dapat menampung berat badan ·          Menjaga dan menambah ton tubuh badan 2.          Apakah contoh otot licin? ·          Otot licin visceral (ditemui dalam rahim, saluran usus dan pundi kencing) ·          Otot licin pelbagai unit (ditemui dalam paru-paru, arteri besar jantung dan otot dalam mata) 3.          Bagaimanakah cara melegakan kekejangan? ·          Terap...