CARA UNTUK MENYELESAIKAN ISU DAN CABARAN ICT
ISU DAN CABARAN |
SOLUSI |
Cetak rompak |
- Cetak
rompak biasanya dikaitkan dengan memuat turun filem dan lagu di platform yang
tidak sah dan mengambil atau hasil karya orang secara haram. -
Cara
yang paling efisien dan utama untuk isu ini adalah dengan menggesa kerajaan
untuk mengetatkan undang-undang siber dan menambahbaik akta-akta yang sedia
ada. -
Hukuman
yang setimpal perlu dijatuhkan kepada ‘lanun-lanun’ siber berserta peminat
hasil kerja pencetak rompak ini juga. -
Selain
itu, kesedaran kendiri perlu dipupuk supaya kita tidak tergolong di kalangan
‘lanun’ siber.
|
Jenayah siber |
-
Contoh
jenayah siber termasuklah mencuri dan memalsukan identiti, mencuri duit
secara atas talian, penipuan e-mel dan banyak lagi. -
Langkah
yang perlu diambil oleh seseorang adalah dengan melayari Internet secara
berhati-hati dan tidak memberi maklumat peribadi secara semberono. -
Jika
terdapat sebarang masalah dan kecurigaan, laporkan kepada pihak yang terbabit
secepat mungkin untuk mengelakkan masalah yang lebih besar daripada berlaku. -
Pengguna
Internet juga boleh memasang pengisian komputer untuk menyekat akses pihak
asing ketika kita sedang melayari laman sesawang yang diingini.
|
Gejala sosial &
pengaruh laman sosial
|
-
Contoh
gejala sosial ialah ketagihan, mengakses perkara negatif dan tak berfaedah.
Perkara ini menimbulkan pembentukan perilaku dan sikap agresif dan di luar
jangkaan seperti membunuh diri atau melarikan diri dari rumah. -
Cara
menyelesaikan isu ini adalah dengan mengehadkan penggunaan Internet. Kita
boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti
beriadah, berjalan-jalan di luar rumah dan meluangkan masa dengan ahli
keluarga seperti menonton televisyen bersama dan lain-lain. Kita juga perlu
bergaul dengan golongan yang positif sahaja di atas talian. Perlu pandai
mencari kawan. -
Sebelum
semua langkah ini juga, kita boleh memupuk kesedaran di peringkat awal. Ini
merupakan tanggungjawab ibu bapa dan juga pihak sekolah. -
Kita
juga boleh mengukuhkan didikan agama supaya kita boleh membezakan yang baik
dan yang buruk.
|
Permainan &
perjudian secara atas talian |
-
Kerajaan
perlu mengambil langkah intensif untuk mengelakkan isu ini daripada berlaku
dengan mengetatkan undang-undang siber dan mengenakan hukuman yang berat
kepada si pesalah laku. -
Pelaku
juga perlu sedar akan kesalahan berjudi di luar mahupun di atas talian jadi,
mestilah berhenti untuk tidak menimbulkan masalah lain seperti berhutang dan
muflis. |
Cyber
terrorism |
-
Contoh
keganasan siber termasuklah mengugut seseorang secara atas talian dan
mengubah atau mengancam ideologi masyarakat. -
Pupuk
kesedaran tentang kesan negatif cyber terrorism kepada diri sendiri
dan masyarakat. -
Hal
ini boleh dibendung dengan mengurangkan penggunaan Internet dan mengisi masa
lapang dengan aktiviti positif yang lain. -
Kita
juga boleh mendidik diri sendiri dengan pengetahuan asas tentang dunia dan
menguatkan jati diri kita.
|
Cyberbully |
-
Kes
buli siber sudah menjadi kebiasaan seantero dunia lebih-lebih lagi pada era
globalisasi kini. -
Buli
siber termasuklah memalsukan panggilan telefon, menghantar pesanan yang boleh
menyinggung perasaan, meninggalkan komen-komen yang menjatuhkan, menyebarkan
rahsia seseorang dan menggodam akaun permainan atas talian dan akaun sosial
peribadi seseorang. -
Cara
yang efisien untuk menyelesaikan permasalahan ini adalah bermula dari rumah.
Ibu bapa haruslah memantau aktiviti penggunaan Internet anak-anak pada
kebanyakan masa supaya anak-anak tidak leka dan dapat bantuan ibu bapa untuk
membezakan yang baik dan yang buruk. -
Pihak
sekolah juga perlu menanam sifat nilai-nilai murni di kalangan pelajar dan
menguatkan lagi didikan agama supaya pelajar-pelajar tahu tentang kesan yang
bakal dihadapi akibat isu buli siber ini.
|
RUJUKAN:
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/05/50941/remaja-terpengaruh-media-sosial
https://ms.wikipedia.org/wiki/Keganasan_siber
http://penyiaranislam2015.blogspot.com/2015/12/cabaranisu-kesan-dan-cara-penyelesaian.html
https://enough.org/stats_cyberbullying
https://www.purdueglobal.edu/blog/online-learning/4-challenges-facing-online-learners/
https://www.viaccess-orca.com/blog/six-ways-to-stop-digital-piracy
Comments
Post a Comment