CIRI-CIRI SEORANG PENARI

 

Ciri-ciri seorang penari

1.    Berdisiplin dan mempunyai tahap fokus yang tinggi

Penari perlu mengasah kerajinan dan berdisiplin setiap masa. Mengelak godaan lain untuk meluangkan masa yang diperlukan untuk berlatih tarian dan menetapkan keutamaan sehingga dapat mencari fokus dan disiplin yang diperlukan.

2.    Bermotivasi dan sabar

Dengan mencari motivasi, penari akan tekad untuk mencapai matlamat yang dikejar. Seseorang boleh menjadi penari yang hebat apabila mereka menjadi jelas mengenai motivasi dan kesungguhan mereka.

3.    Berdedikasi dan gigih

Penari mesti melakukan latihan selama bertahun-tahun. Mereka harus menerima penolakan terus berlatih untuk masa akan datang. Penari mesti terus belajar, dan membuat rutin baru.

4.    Berani dan yakin

Penari perlulah menjadi berani dan yakin kerana biasanya akan membuat persembahan di khalayak ramai.

5.    Mempunyai keseimbangan badan yang baik

Penari yang baik perlu mempunyai koordinasi yang sempurna dan keseimbangan yang baik sehingga mereka dapat menggerakkan badan mereka tanpa jatuh atau kehilangan irama dan rentak.

6.    Bersifat atletik

Penari yang berjaya mesti mempunyai kekuatan fizikal, dan ketangkasan fizikal yang sangat baik, supaya tidak mudah penat dan mengah semasa menari.

7.    Berstamina

Penari sering aktif secara fizikal untuk jangka masa yang panjang, jadi mereka mesti dapat berlatih selama berjam-jam tanpa merasa jemu atau penat.

8.    Mempunyai semangat kerja berkumpulan

Sebilangan besar rutin tarian melibatkan kumpulan, jadi penari mesti dapat bekerjasama untuk menjayakan tarian.

9.    Mempunyai kemahiran interpersonal

Penari sering membuat jaringan dalam komuniti mereka dan saling bertukar pendapat dan idea.

10. Kreatif

Penari memerlukan kemampuan seni dan kreativiti untuk mengungkapkan idea melalui pergerakan.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MEMARTABATKAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA SEJAGAT