INTERAKSI KEKANGAN DAN HIERARKI PENGUASAAN: FORUM 2 FONOLOGI
Kekangan interaksi merupakan cara untuk menggambarkan corak koordinasi. Ianya mula dikenalkan untuk menjadi jalan penghubung bagi menyediakan persembahan yang efisien dan fleksibel dalam koordinasi bahasa REO. Jadi, kekangan-kekangan berinteraksi untuk mencapai kepuasan sesuatu kekangan dan meningkatkan ekspresi bahasa koordinasi berdasarkan batasan interaksi dengan membiarkan kelas operasi yang lebih besar dianggap berlaku secara normal. (Proença J., Clarke D., 2013)
Hierarki penguasaan terbahagi kepada 2 bentuk interaksi kekangan iaitu dalam tugasan tatabahasa moden. Pertama, buat sesuatu hanya bila perlu dan yang kedua, buat sesuatu sehingga diharamkan.
Dalam konteks buat sesuatu hanya bila perlu muncul di bawah tajuk "Pergerakan sebagai jalan terakhir" atau, lebih umum, Ekonomi Derivasi (Chomsky, 1989). Untuk ekonomi derivasi, pengguna lebih disarankan untuk tidak berbuat apa-apa melainkan ada pencetus.
Dalam konteks buat sesuatu sehingga diharamkan pula memerlukan seseorang membuat sesuatu sehingga mencapai syarat tertentu dimana sesuatu proses perlu dihentikan. Syarat fonologi sering menyatakan bahawa kita perlu sentiasa menggugurkan vokal tetapi batalkan proses jika ianya menghasilkan sukukata yang pelik dan tidak munasabah. (Kisseberth 1970ab, 1972; Hammond 1984; McCarthy 1986). Kejadian ini dipanggil 'derivasi yang menuntungkan'.
RUJUKAN:
Proença J., Clarke D. (2013) Interactive Interaction Constraints. In: De Nicola R., Julien C. (eds) Coordination Models and Languages. COORDINATION 2013. Lecture Notes in Computer Science, vol 7890. Springer, Berlin, Heidelberg. https://doi.org/10.1007/978-3-642-38493-6_15
Prince, Alan & Smolensky, Paul. (2002). Optimality Theory: Constraint Interaction in Generative Grammar. http://roa.rutgers.edu/files/537-0802/537-0802-PRINCE-0-0.PDF
Comments
Post a Comment