ASAS SILAT: TUGASAN 4
APAKAH IMPIAN PELAJAR TERHADAP PEMBANGUNAN SILAT DI UKM?
Silat merupakan
salah satu daripada sukan yang popular di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya
pernah bertanyakan hal ini kepada senior-senior dan alumni-alumni UKM dan
mereka menyatakan bahawa, setiap kali pasukan silat UKM menghantar wakil untuk
menyertai pertandingan, atlet-atlet silat UKM pasti akan membawa kemenangan
untuk mengharumkan nama universiti. Saya juga pernah melihat rakan-rakan saya
menyertai kelab silat di UKM. Mereka sering meluangkan masa bersama-sama
melatih diri dalam seni pertahankan diri ini dan keluar dari UKM untuk tujuan
lawatan.
Harapan
saya untuk pembangunan silat di UKM adalah supaya ianya dapat diperkasakan dengan
lebih dari segi penglibatan pelajar, modul latihan silat dan jenis silat yang
ditawarkan. Saya perhatikan bahawa terdapat segelintir sahaja atlet silat yang
benar-benar mendalami seni bela diri ini. Mungkin, pihak universiti boleh
menekankan keindahan serta kepentingan mengetahui cara pertahankan diri yang
betul melalui ilmu silat. Walau bagaimanapun, bagi saya, silat di UKM sudah
mempunyai status yang baik dan telah menjadi satu sensasi di UKM.
Saya
berimpian untuk menjadi salah seorang daripada ahli kelab silat UKM dan boleh
turut serta mengharumkan nama UKM di dalam pertandingan.
Comments
Post a Comment