ASAS SILAT: TUGASAN 3

 Peranan Wasit & Juri

Wasit

-          Hanya terdapat dalam kategori tanding

-          Berada di tengah gelanggang bersama 2 pesilat yang bertanding

-          Mengatur perjalanan perlawanan

-          Menentukan hukuman dalam perlawanan

-          Memastikan gelanggang dan atlet bersedia

-          Menjaga keselamatan atlet

-          Menghentikan perlawanan jika terdapat beberapa masalah seperti,

a)      Berlaku perlanggaran

b)      Atlet bergaduh

c)      Atlet tercedera dll.

-          Menjaga kualiti pertandingan

-          Memberi teguran, peringatan dan hukuman kepada atlet

-          Memberi isyarat kepada juri mengenai hal-hal yang berlaku di dalam gelanggang

-          Mendapat kepastian juri jika terdapat keraguan dalam urusan pengambilan keputusan

-          Menentukan pemenang

Juri

-          Memberi penilaian kepada atlet dalam sesuatu pertandingan

-          Mencatat pelanggaran

-          Memilih pemenang berdasarkan jumlah markah yang atlet peroleh

-          Menandatangani borang yang telah dipenuhi

-          Menjawab pertanyaan oleh Perwakilan Teknik, Ketua Pertandingan, Dewan Wasit-Juri dan Wasit jika ada.


Comments

Popular posts from this blog

CARA MEMARTABATKAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA SEJAGAT

CIRI-CIRI SEORANG PENARI