CARA MEMARTABATKAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA SEJAGAT

 

Cara pertama adalah dengan memperbanyakkan iklan untuk mempromosikan keindahan kebudayaan dan kesenian Malaysia. Tindakan ini boleh dijalankan oleh pihak kerajaan dengan bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan agar pengiklanan dapat diperluaskan bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di kawasan luar bandar dan menjadikan iklan tersebut menarik supaya dapat menarik minat anak-anak generasi kini.

Di peringkat sekolah, pihak sekolah boleh menubuhkan persatuan dan kelab kesenian dan kebudayaan Malaysia untuk memartabatkan kesenian dan kebudayaan di Malaysia. Hal ini dapat menarik minat para pelajar kerana mereka tidak akan rasa keseorangan kerana semua pelajar di sekolah akan terlibat. Pelajar juga dapat memupuk minat tentang kebudayaan dan kesenian Malaysia sejak di bangku sekolah lagi. Dalam pada itu, cara ini dapat dilaksanakan dengan mewajibkan penyertaan pelajar dan untuk menarik minat mereka, sekolah boleh menganjurkan program-program kebudayaan dan juga pertandingan kesenian.

Selain itu, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak untuk melibatkan diri dengan apa-apa program dan pertandingan kesenian dan kebudayaan dengan memberi sokongan yang jitu terhadap penglibatan mereka. Ibu bapa boleh menolong anak-anak menyiapkan pakaian atau bahan yang diperlukan untuk menyertai sesuatu pertandingan dan datang untuk turut serta memberi sorakan kepada anak-anak.

Seterusnya, anak muda generasi kini, amat mahir menggunakan alat komunikasi dan melayari Internet, jadi, generasi muda boleh mencari rakan-rakan dari kalangan orang yang arif tentang kebudayaan dan kesenian Malaysia. Cara ini amat berkesan kerana anak-anak muda biasanya akan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Mereka juga boleh mendapatkan pendedahan yang mendalam tentang kesenian dan kebudayaan Malaysia.

Akhir sekali, anak-anak generasi sekarang juga mempunyai kemudahan yang canggih untuk terus menyelami keindahan kesenian dan kebudayaan di Malaysia. Semua informasi berkaitan hal ini berada di hujung jari. Dengan adanya ilmu dan kecintaan terhadap kebudayaan dan kesenian Malaysia, generasi muda dapat melestarikan kebudayaan dan kesenian Malaysia. Anak-anak muda juga boleh memberi sokongan penuh dengan usaha kerajaan, sekolah dan ibu bapa dalam memartabatkan kesenian dan kebudayaan di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

CIRI-CIRI SEORANG PENARI