PENGGUGURAN MELODI DALAM TINGKAT KV: FORUM 1 FONOLOGI
Berdasarkan pemerhatian saya, dalam tatatingkat segmen KV terdapat satu proses iaitu proses pengguguran melodi. Pada mulanya saya keliru kenapa perlu adanya proses tersebut di dalam segmen KV tetapi, selepas membuat sedikit pembacaan, saya dapati bahawa proses pengguguran bertujuan untuk memberi imej atau gambaran yang lebih jelas mengenai kehilangan sesuatu konsonan atau vokal yang berlaku di tahap seterusnya.
Sesuatu konsonan atau vokal yang tidak sesuai untuk berada di mana-mana tempat dalam sesuatu suku kata perlu disingkirkan untuk membentuk sukukata yang kemas.
Dengan adanya proses pengguguran ini dalam segmen KV dalam autosegmental, kita dapat melihat komponen apa yang digugurkan. Ia akan memudahkan urusan kita dalam mendapatkan sesuatu imbuhan. Ianya akan menjadikan proses lebih teratur dan mudah untuk difahami.
Di samping itu, terdapat beberapa contoh pengguguran dalam tatatingkat KV. Antaranya,
Jika proses pengguguran di dalam tingkat KV tiada, maka kita tidak akan jelas tentang mengapa konsonan dan vokal akan hilang di peringkat seterusnya.



Comments
Post a Comment