ANALISIS WACANA

Esei Pengantar Pengajian Bahasa & Linguistik

Pada pendapat saya, wacana sesuai ditakrifkan sebagai semua perkara yang melibatkan bahasa. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, wacana merupakan sekumpulan ayat yang memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita. Wacana juga merupakan unit tertinggi bahasa yang secara tidak langsung, boleh menyebabkan wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Wacana mempunyai tujuh ciri iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. Wacana biasanya dikategorikan kepada dua jenis iaitu wacama tulisan dan wacana lisan. Wacana tulisan ialah artikel atau penyampaian yang disampaikan melalui penulisan yang mana melibatkan hubungan antara penulis dan pembaca manakala wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media pertuturan yang mampu menghubungkan pembicara dan pendengar. Selain itu, tambahan, urutan, penyataan semula, untuk menunjukkan sebab, kesan waktu dan tempat serta berfungsi untuk membuat bandingan serta rumusan sesuatu wacana dikenali sebagai penanda wacana. Ianya amat penting kerana tanpa penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Penanda wacana terbahagi kepada penanda penghubung, penggantian, leksikal, rujukan dan ellipsis atau pengguguran.

            Analisis wacana merupakan kajian yang mengkaji atau menganalisis bahasa yang digunakan secara natural, baik dalam bentuk tulisan dan lisan terhadap pengguna sebagai elemen masyarakat. Dalam kata lain, analisis wacana adalah percubaan untuk memahami sesuatu bahasa, sangat bermanfaat dalam proses pembelajaran bahasa dan tingkah laku bahasa. Kajian wacana dapat dilakukan secara struktural dengan menghubungkan antara teks dan konteks, serta melihat wacana secara fungsional dengan menganalisis tindakan yang diambil oleh seseorang untuk tujuan tertentu untuk memberi makna kepada penonton yang terlibat. Analisis wacana yang memfokuskan kepada pelbagai penulisan dan pelbagai pertuturan dalam memahami makna peserta dapat dilakukan dengan beberapa pendekatan. Beberapa kaedah yang digunakan dalam analisis wacana adalah seperti analisis wacana kritis yang menekankan peranan aktif wacana dalam perubahan dunia sosial, psikologi wacana yang memiliki focus persoalan khusus dalam interaksi sosial suatu masyarakat dan Teori wacana Ernesto Laclau dan Chantal Mouffe yang berfokus pada wacana yang melambangkan makna dalam dunia sosial kerana bahasa tidak stabil dan selalu berubah-ubah.

 

Rujukan:

https://www.scribd.com/doc/84914408/Maksud-Wacana

https://ms.wikipedia.org/wiki/Penanda_wacana

http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/07/wacana-bahasa-melayu.html

https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=wacana

id.wikipedia.org/wiki/Analisis_wacana

 

Comments

Popular posts from this blog

CARA MEMARTABATKAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA SEJAGAT

CIRI-CIRI SEORANG PENARI