THE WEB ESSAY

BAHASA & TEKNOLOGI MAKLUMAT (QUIZ 1)


Web atau dalam Bahasa Malaysia dipanggil sebagai sesawang biasanya dikenali sebagai jaringan sejagat yang digunakan oleh semua orang yang menggunakan dan melayari Internet di serata dunia. Jaringan sejagat ini bertujuan untuk menyediakan informasi. Jaringan sejagat juga dikenali sebagai sistem informasi untuk membolehkan seluruh umat manusia mencapai maklumat yang dikehendaki. Internet adalah rangkaian global manakala Web, juga disebut secara formal sebagai World Wide Web (www) adalah kumpulan informasi yang diakses melalui Internet. Kaedah lain untuk melihat perbezaan ini adalah, Internet adalah infrastruktur sementara Web biasanya diakses di atas infrastruktur tersebut. Sebagai alternatif, Internet boleh dilihat sebagai kedai buku yang besar sementara Web dapat dilihat sebagai koleksi buku di kedai tersebut. Pada tahap yang tinggi, kita bahkan boleh menganggap Internet sebagai perkakasan dan Web sebagai perisian.

Jaringan sejagat, atau secara ringkasnya Web, adalah halaman yang kita lihat ketika kita berada di hadapan computer atau alat elektronik kita semasa berada di atas talian. Tetapi, lain pula dengan Internet kerana ianya adalah rangkaian atau suatu pusat di mana computer-komputer para pengguna yang berfungsi ditempatkan. Kita boleh anggap Internet sebagai jalan-jalan yang menghubungkan halaman-halaman ini bersama. Sesawang mengandungi koleksi halaman pelbagai maklumat tetapi Internet merupakan pusat semua halaman itu ditempatkan. Internet merupakan rantaian daripada alat-alat elektronik yang bersambung. Web atau sesawang ialah sebuah jalan untuk mendapatkan suatu maklumat yang diingini dengan bantuan Internet. Berdasarkan pencarian saya di Internet, Web atau sesawang merupakan sebuah perisian untuk membolehkan kita semua mencari apa-apa maklumat dengan bantuan Internet. Sesawang juga merupakan subset kepada Internet. Manusia tidak boleh mengakses ke Web jika Internet tidak wujud dan Web tidak akan wujud tanpa kewujudan Internet.

Berdasarkan pembacaan saya di Wikipedia, pada tahun 1 Januari 1983, Protokol Kawalan Penghantaran dan Protokol Internet atau seni bina asas Internet telah tercipta dan ianya merupakan hasil kajian Vint Cerf dan Robert (Bob) Kahn. Idea kemunculan Web pula mula wujud pada awal tahun 1960-an di mana Tim Berners-Lee amat kecewa akan kesusahan yang dihadapinya untuk mengakses sesuatu maklumat ketika beliau bekerja di CERN (European Council for Nuclear Research) dan kemudian beliau mencipta suatu perisian yang dipanggil Web bagi memudahkan urusan mencari maklumat dan lahirlah Web pada 12 Mac 1989. Manakala jaringan tanpa wayar ataupun Wireless Fidelity (Wi-Fi) pula wujud pada sekitar tahun 1997.

Halaman web ataupun Webpage adalah kumpulan isian atau maklumat tertentu yang disediakan oleh laman web ataupun Website dan ditampilkan kepada pengguna dan pelayar sesawang dalam pelayar web. Sebuah laman web biasanya terdiri daripada banyak halaman web yang dihubungkan bersama dengan cara yang sesuai mengikut padanan tersendiri. Nama laman web atau Website merupakan sebuah kiasan untuk halaman kertas yang disatukan menjadi sebuah buku. Bayangkan terdapat banyak halaman web untuk membentuk sebuah laman web. Halaman web boleh diakses melalui alamat web (URL) atau pautan (links) yang disediakan tetapi, halaman web tidak boleh diakses tanpa adanya rangkaian internet.


HALAMAN SESAWANG

LAMAN SESAWANG

PELAYAN SESAWANG

  • Dokumen yang dapat dipaparkan dalam pelayar internet seperti Firefox, Google Chrome, Opera, Microsoft Internet Explorer atau Edge, atau Apple's Safari. Ini juga sering disebut hanya "halaman".

  • Secara metaforanya, halaman sesawang merupakan halaman muka surat sesebuah buku.


  • Kumpulan halaman web yang dikumpulkan bersama dan biasanya dihubungkan antara satu sama lain dalam pelbagai cara. Selalunya disebut "laman web".

  • Bagi memudahkan pemahaman saya, saya membayangkan bahawa website ini sebagai sebuah buku yang mengumpulkan halaman-halaman muka surat.

  • Teknologi yang mengendalikan laman web di Internet.


Kesimpulannya, segala komponen ini ada perkaitannya. halaman web merupakan subset kepada laman web dan laman web ialah subset kepada internet.



Rujukan 

  1. https://en.m.wikipedia.org/wiki/World_Wide_Web 

  2. https://www.computerhope.com/jargon/w/website.htm 

  3. https://developer.mozilla.org/en-US/docs/Learn/Common_questions/Pages_sites_servers_and_search_engines 

  4. https://m.economictimes.com/definition/web-server/amp 

  5. https://webfoundation.org/about/sir-tim-berners-lee/ 

  6. https://www.fiercetelecom.com/special-report/vint-cerf-and-bob-kahn-co-inventors-tcp-ip-protocol 

Comments

Popular posts from this blog

CARA MEMARTABATKAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA SEJAGAT

CIRI-CIRI SEORANG PENARI