PERANAN INTERNET DI MALAYSIA SEMASA PANDEMIK COVID-19
BAHASA & TEKNOLOGI MAKLUMAT (QUIZ 3)
Berdasarkan pembacaan saya dari pelbagai laman sesawang, internet boleh ditakrifkan sebagai jaringan maklumat antarabangsa yang merupakan medium komunikasi yang menghubungkan satu alat komunikasi dengan alat komunikasi yang lain. Disebabkan internet menempatkan segala maklumat mega, ianya mempunyai pelbagai peranan penting kepada manusia lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik seperti sekarang dan semua orang digalakkan untuk tidak keluar rumah dan stay at home. Kaedah learn atau work from home sering dipraktikkan juga meningkatkan lagi penggunaan internet.
Sebelum pandemik Covid-19 melanda
dunia, penggunaan internet juga sudah luas di seluruh dunia tetapi tidak
sekerap masa kini. Kini, kita seolah-olah tidak boleh hidup tanpa menggunakan
perkhidmatan internet walaupun untuk seketika kerana kita amat bergantung
dengan internet. Seperti yang telah dibincangkan di dalam kelas Dr. Azlan
sebentar tadi, terdapat pelbagai perkhidmatan internet yang wujud seperti:
1. Perkhidmatan
komunikasi
2. Perkhidmatan
pencarian maklumat menggunakan browser seperti Google, Yahoo dan
sebagainya.
3. Platform
perkhidmatan sesawang
4. Jaringan
World Wide Web (www)
5. Persidangan
video
6. Perkhidmatan
internet kerajaan
Ini
menggerakkan saya untuk menyenaraikan peranan penting internet di Malaysia
secara terperinci di bawah, berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya.
Kategori |
Perincian |
PENDIDIKAN |
Pada
musim Covid-19 ini, perkhidmatan carian maklumat amat penting dan digunakan
secara kritikal oleh para pelajar dan tenaga pengajar tak kira usia. Dengan
adanya jaringan internet yang kuat dan peranti komunikasi seperti telefon
pintar, komputer riba atau tablet, semua orang boleh mengakses maklumat yang
dikehendaki tak kira di mana sahaja kita berada dan tidak kira masa. |
Kegunakaan
internet dalam aspek Pendidikan juga kini sudah berkembang kepada penggunaan
aplikasi-aplikasi yang membolehkan pelajar dan tenaga pengajar untuk
mengadakan persidangan video. Dewasa ini, peranti komunikasi dan juga
jaringan internet merupakan perkara asas yang perlu dimiliki oleh setiap
orang di Malaysia untuk menimba ilmu. |
|
EKONOMI |
Dalam
bidang ekonomi, berdasarkan satu artikel yang saya telah analisis untuk
subjek kursus lain, ekonomi di Malaysia hanya merudum Ketika awal-awal
pandemik kerana masing-masing masih baru dengan system perniagaan atas talian
tetapi kini tidak lagi. Ekonomi Malaysia diperlihatkan sudah mula stabil
dengan adanya pusat perniagaan secara atas talian yang menawarkan harga-harga
yang berbaloi, kualiti barang yang baik dan perkhidmatan penghantaran
sehingga ke hadapan tangga rumah. Jika bukan kerana internet dan teknologi
yang serba canggih, perkara ini tidak boleh direalisasikan dalam kalangan
rakyat Malaysia. |
Malaysia
juga boleh meneruskan perniagaan yang memerlukan proses pengimportan dan pengeksportan
secara teratur dengan adanya rangkaian internet di Malaysia. Bukan itu
sahaja, BURSA Malaysia juga masih boleh meneruskan perniagaan dengan adanya
internet iaitu jaringan maklumat antarabangsa. |
|
SOSIAL |
Dari
segi sosial, rakyat Malaysia kini banyak bergantung kepada rangkaian internet
dan juga alat komunikasi untuk berhubung antara satu sama lain. Sehubungan
dengan kes Covid-19 yang semakin teruk, rakyat dinasihatkan untuk duduk di
rumah dan hanya keluar atas keperluan tertentu. Rakyat juga tidak dibenarkan
pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya Aidilfitri kerana takut
kes akan menjadi semakin teruk tetapi ianya tidak menjadi penghalang untuk
kita menghubungi orang yang tersayang. |
KHIDMAT KERAJAAN |
Pertahanan
negara juga boleh dikawal melalui atas talian dengan wujudnya pautan internet
dan teknologi yang serba canggih. |
Untuk
perkhidmatan kerajaan secara atas talian, rakat kini boleh memuat turun
aplikasi MySejahtera untuk mengimbas QR kod sebelum memasuki sesuatu premis
perniagaan dan mengesan pergerakan kita untuk mengenalpasti kes jangkitan yang
berlaku dikalangan rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan ini bagi
memastikan kesejahteraan kita Bersama. Terdapat pelbagai aplikasi
perkhidmatan awam termasuklah JPN, JPJ dan lain-lain. |
Kesimpulannya, internet memainkan
peranan penting dalam kalangan rakyat Malaysia namun bukan hanya untuk kegunaan
dalam negara tetapi untuk kegunaan antarabangsa. Oleh itu, sebagai pengguna
yang bijak, kita perlulah menggunakan kemudahan yang telah disediakan untuk
kita dengan baik dan perlu sentiasa menerapkan etika Ketika melayari internet
untuk kesejahteraan kita bersama.
Comments
Post a Comment