TOKOH-TOKOH PEMIKIRAN SOSIAL KLASIK BARAT: ISU-ISU DAN ALIRAN PEMIKIRAN YANG DIBAWA

ESEI PENGANTAR SAINS SOSIAL (Semester 1)

[groupwork of Azra, Mira, Elise, Kogi, Mirza & Khai]

1.0 Pengenalan

Zaman pencerahan telah muncul di Eropah selepas zaman pembaharuan dan zaman reformasi. Zaman ini juga dikatakan muncul kesedaran baharu Eropah telah bangkit daripada zaman kegelapan. Suatu revolusi intelektual yang melahirkan pemikiran yang liberal dan moden serta melahirkan masyarakat yang memiliki nilai-nilai dan berfikiran terbuka serta bebas kepercayaan karut yang dibawa oleh golongan agama ketika itu. Masyarakat zaman ini mengutamakan sains serta pemikiran rasional buktinya lahirnya ahli-ahli falsafah.

Golongan falsafah ini mempunyai sifat ingin tahu yang kuat sehingga dapat menyelesaikan masalah sosial ketika zaman ini. Antara ahli-ahli falsafah yang terkenal ketika ini ialah Montesquieu, Rousseau, De Alembert dan sebagainya. Golongan falsafah juga ketika ini dikenali sebagai golongan rasional mereka telah bersepakat dan berusaha membebaskan pemikiran manusia daripada mitos, fantasi, dan kepercayaan mistisisme. Seterusnya mereka lebih menekankan pemikiran yang nasionalistik dan sains bagi mereka dapat membawa kepada kehidupan yang sempurna. (sivahandralingam Sundara Raja(2016) & Ayadurai letchumanan (2016)

Revolusi industri berlaku pada abad ke 17 hingga abad 18. Titik permulaan revolusi perindustrian ini adalah di Britain dan kemudiannya merebak ke seluruh Eropah. Revolusi industri merupakan peralihan kaedah pengeluaran barangan sebagai contoh kaedah pengeluaran tangan ke mesin. Dengan ini hasil pengeluaran oleh mesin didapati meningkat berbanding menggunakan tenaga manusia. Seterusnya revolusi ini berlaku kerana pengeluaran barangan secara besar besar iaitu pengeluaran barangan melebihi keperluan pengusaha iaitu berlakunya lebihan bahan mentah.  Lebihan ini akan dikomersialkan ke Negara luar sekali dapat meningkatkan pendapatan Negara.

Pada akhir tahun 1700 Great Britain yang dikenali sebagai bapa kepada revolusi perindustrian Pada awalnya Great Britain dan Negara-negara Eropah fokuskan bidang pertanian dan beralih kepada industri setelah mendapati perindustrian membawa keuntungan yang besar terhadap Negara. hal ini telah menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk yang pesat di kawasan Bandar utama yang melibatkan industry. Ketika zaman ini lah teknologi mula diperkenalkan serta sistem atau proses kilang mula diperkenalkan. (Khairul Akmal Kasni/permaupsi wixsite.2019 England ‘bapa revolusi perindutrian)

Revolusi Perancis ialah salah satu dari revolusi besar dunia dan merupakan suatu periode sosial radikal dan pergolakan politik di Perancis Revolusi ini terjadi di antara tahun 1787 hingga 1799, ia mencapai klimaks pada tahun 1789. Sebelum terjadinya Revolusi Perancis, sistem kehidupan masyarakat dari segi bidang politik, sosial dan ekonomi adalah amat buruk dan dijalankan dengan secara ketidakadilan. Perancis mengalami kemunduran di bawah perintah Raja Louis XVI pada tahun 1774 hingga 1789, di mana terjadi krisis kewangan. Pemerintahan yang tidak kompeten membuat hidup rakyat tertekan. Dengan situasi kehidupan raja dan golongan bangsawan yang hidup dengan mewah dan boros menyebabkan situasi kewangan negara menjadi lemah. Terutamanya pada tahun 1787 hingga 1788 terjadinya kegagalan tanaman akibat cuaca yang tidak teratur.

Pada pertengahan abad ke-18, munculnya banyak penulis dan falsafah yang terkenal, mereka menulis mengenai kesalahan-kesalahan pemerintah lama, ketidakadilan sosial dan situasi kewangan. Tulisan mereka mendorong perubahan besar. Di dalam kalangan ahli falsafah ini ialah Montesquieu, Voltaira atau Jean-Jacques Rousseau. Kedudukan dan kewibawaan raja menjadi lemah apabila Assemble Nationale (Dewan Nasional) dan Assemblee National Constituante (Dewan Nasional Konstituante) terbentuk. Pada 14 Julai 1789 terjadi penyerbuan ke penjara Bstille sebagai lambing absolutism raja dan penyerangan ini menyebabkan meletusnya Revolusi Perancis. Dengan itu, 14 Julai 1789 telah ditetapkan oleh rakyat Perancis sebagai Hari Nasional Perancis (Ari Welianto, 2020).

 

2.0 Isu –isu klasik zaman pencerahan

Pada abad ke-19 di Barat, terutamanya di Eropah ialah abad yang dikenali sebagai perubahan sosial yang sangat cepat dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik masyarakat pada ketika itu. Revolusi Pertanian, Revolusi Industri dan Revolusi Perancis yang berlaku pada kurun-kurun sebelumnya memberi kesan yang meluas pada kurun ke-19 (Dr. Zahid Emby & Dr. Sarjit Singh, 2012).

 

2.1 Ekonomi

Revolusi Pertanian dan Revolusi Industri telah mengubah ekonomi Eropah berasaskan pertanian dan perdagangan (mercantile capitalism) menjadi ekonomi industri di mana kilang-kilang menggantikan industri kampung (cottage industry) dan menyebabkan masyarakat bertumpu di kawasan bandar dan bukan lagi kawasan desa. Di antara 1750 dan 1850, pekerja dalam sekitar pertanian di Britain menurun dengan pantas walaupun jumlah penduduk Britain meningkat dua kali ganda. Ini kerana peningkatan import makanan dan Teknik pertanian yang lebih baik telah meningkatkan produktiviti tanpa memerlukan pekerja ramai. Tetapi perkembangan industri yang berkembang dengan pantas telah memberikan penduduk yang semakin ramai peluang pekerjaan. Pengeluaran berpindah dari cottage (rumah) di desa ke kilang-kilang di bandar apabila kuasa wap menggantikan kuasa air dan menyebabkan bandar berkembang dari segi bilangan, saiz fizikalnya dan saiz penduduknya. Pada pertengahan abad ke-19, urbanisasi industri bermula di Britain kemudiannya ke seluruh Eropah (Dr. Zahid Emby & Dr. Sarjit Singh, 2012).

 

2.3 Politik

Pada abad ke 17, ahli-ahli politik telah memberi perhatian tentang pemusatan kuasa oleh pemerintah. Menjelang abad ke 18 mereka mula menemui cara dan memberikan perhatian tentang cara-cara menggunakan kuasa politik untuk membaiki taraf hidup manusia. Melalui perkembangan ini masyarakat mula tidak memikirkan kepada kehidupan selepas mati malah menikmati kebahagiaan dunia

             Dalam politik juga, mereka percaya bahawa kuasa merupakan suatu kepercayaan oleh masyarakat sebagai contoh wujudnya doktrin yang menggalakan penentangan terhadap pemerintahan mutlak. Ketika ini raja menganggap dirinya sebagai orang pertama berkhidmat kepada Negara. Ketika zaman ini juga berlakunya pemusatan kuasa kerajaan dengan menghapuskan keistimewaan- keistimewaan yang dinikmati oleh provinsi, estes, cortes dan sebagainya.

              Pada zaman Enlightment (pencerahan) perkembangan masyarakat berlaku di mana masyarakat berfikiran terbuka setelah mulai sedar tentang ketidakadilan yang timbul daripada pihak berkuasa tradisional sebagai contoh tokoh Voltaire telah terlibat dalam penentangan terhadap ketidakadilan. Beliau telah melancarkan kempen untuk membebaskan manusia yang sering berhadapan dengan pengorbanan peribadi.

 

2.4 Sosial

1.      Keluarga dan Persanakan

·         Urbanisasi yang melanda masyarakat Barat pada abad ke-19 meninggalkan kesan yang drastik pada hubungan kekeluargaan dan persanakan. Apabila penduduk desa berpindah ke bandar terutamanya lelaki dewasa dan mereka melibatkan diri mereka dengan ekonomi bandar, keluarga tidak lagi menjadi unit pengeluaran. Ini kerana mereka tidak melibatkan diri dalam proses pengeluaran seperti kerja-kerja pertanian, penternakan, perikanan dan sebagainya untuk penggunaan atau jualan. Hal ini bertujuan untuk memiliki pendapatan yang lumayan untuk membeli barangan yang diperlukan untuk keluarga mereka. Selain itu, wanita dewasa dan kanak-kanak juga bekerja di kilang-kilang untuk menjamin pendapatan yang mencukupi bagi keperluan harian. Kesannya telah mewujudkan kehidupan kekeluargaan yang tidak stabil.

 

2.      Agama (Gereja)

·         Peranan gereja dalam kehidupan spiritual dan politik negara Barat pada ke-19 juga mula menurun kepentingannya dengan perkembangan masyarakat kapitalis. Petugas gereja (clergy) seperti juga golongan aristokrat terpaksa tunduk kepada kekuasaan pemilik modal atau borjuis. Ini mula berlaku seawal kurun ke-17 lagi apabila pengaruh pedagang kapitalis mula meningkat. Hakisan kuasa petugas gereja berterusan sehinggalah kurun ke-19 apabila idea rasionaliti dan individualisme bersama kekuasaan pemilik modal industri menjatuhkan kekuasaan gereja bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam kehidupan sosial masyarakat barat kerana sesetengah golongan menganggap agama sebagai tidak rasional dan ada juga yang menganggap agama sebagai persoalan individu. Oleh itu gereja atau organised religion tidak diperlukan. Pemikir- pemikir abad ke-19 seperti Marx, Spencer dan Darwin juga menyumbang kepada hakisan kekuasaan gereja dalam kerajaan dan kehidupan masyarakat. (Dr Zahid Emby & Dr Sarjit Singh, 2012)

3.      Nilai dan Kepercayaan

·         Pada kurun ke-19 nilai-nilai baru mula muncul. Nilai-nilai yang dikaitkan dengan tradisi masa lampau dan tradisi desa digantikan dengan nilai dan kepercayaan baru dalam kalangan penduduk bandar. Rasionaliti dan tindakan rasional, dan individualisme mula muncul sebagai asas tindakan sosial. Cuff, Sharrock dan Francis (1992) misalnya menghuraikan nilai rasionaliti seperti berikut:

Alasan yang baik untuk terlibat dalam tindakan sosial seperti, misalnya, mematuhi peraturan politik, atau mengusahakan ladang dengan cara tertentu, atau membesarkan anak-anak dengan cara tertentu, tidak lagi dapat diterima, diterima begitu saja dan dibenarkan pada asas tradisi, iaitu, ia selalu dilakukan seperti ini. Sebaliknya, rasionaliti melibatkan pencarian alasan dan kriteria untuk menunjukkan bahawa dari semua kaedah alternatif untuk melakukan sesuatu, cara atau kaedah terbaik telah dipilih. Oleh itu, kestabilan relatif pemikiran tradisional digantikan oleh pemikiran rasional - pencarian berterusan untuk kaedah terbaik untuk mencapai tujuan tertentu - dengan demikian cenderung membuka kehidupan sosial untuk lebih teliti dan dipersoalkan daripada sekarang. Amalan tradisional tidak lagi dapat berfungsi sebagai benteng menentang perubahan pesat yang dapat dihasilkan dari daya tarik yang tidak terkendali untuk alasan, pencarian kriteria yang tidak henti-hentinya, untuk alasan tindakan yang baik, jelas dan logik.

·         Penekanan kepada rasionaliti dan individualisme diperkukuhkan lagi oleh idea- idea Revolusi Perancis yang tertumpu kepada perubahan, bahawa yang tradisional perlu diganti dengan yang baharu untuk memenuhi kehendak dan memelihara kepentingan rakyat, bahawa manusia boleh membentuk semula masyarakat malah manusia sepatutnya membentuk semula masyarakat. Oleh itu, pada abad ke-19 pemeliharaan tradisi semata-mata kerana ianya tradisi tidak lagi menjadi asas kepada tindakan sosial. Secara ringkas jika sesuatu tindakan itu tidak rasional dan tidak menjamin pemeliharaan individualisme, tindakan itu perlu diketepikan. Ini berlainan dengan nilai yang wujud pada zaman pra-kapitalis, di mana anggota masyarakat percaya bahawa semua tindakan perlu berasaskan tradisi. (Dr Zahid Emby & Dr Sarjit Singh, 2012)

 

 

 

 

3.0 Tokoh-tokoh dan aliran pemikiran Sosial Klasik abad 19

 

v  Thomas Hobbes

Hobbes adalah seorang berbangsa Inggeris. Karya agungnya The Leviathan (1651) yang membincangkan tentang struktur masyarakat dan bentuk kerajaan yang sah. Buku itu juga merupakan di antara buku yang terawal yang membincangkan tentang teori kontrak sosial (social contract theory).

Beliau memperkatakan tentang bentuk pemerintahan yang terbaik dan membuat andaian bahawa manusia pada asasnya adalah jahat, dan hidup dalam anarki. Bagi Hobbes, sifat semula jadi manusia ialah sentiasa bermusuhan sesama sendiri (the war of all against all). Keadaan ini hanya boleh dielakkan dengan wujudnya satu bentuk kerajaan pusat yang kuat dan mutlak melalui satu bentuk kontrak sosial. Kedamaian hanya boleh tercapai apabila manusia merelakan kebebasan peribadi itu dibendung.

 

v  John Locke

John Locke adalah seorang ahli falsafah dan ahli teori politik Inggeris yang lahir pada 29 Ogos 1632 di Wrington, Somerset, England, dan meninggal pada 28 Oktober 1704 di High Laver, Essex. Beliau diakui sebagai pengasas empirisisme Inggeris dan pengarang eksposisi dan pembelaan liberalisme politik yang sistematik pertama. Locke meletakkan banyak asas semasa zaman Pencerahan dan memberikan sumbangan penting kepada perkembangan liberalisme. Terlatih dalam bidang perubatan, beliau adalah penyokong utama pendekatan empirikal, Scientific Revolution.

Karya-karya John Locke yang paling terkenal adalah An Essay Concerning Human Understanding (1689), di mana dia mengembangkan teori ideanya dan kisahnya mengenai asal-usul pengetahuan manusia dalam pengalaman, dan Two Treatises of Government (edisi pertama yang diterbitkan pada tahun 1690 tetapi disusun sebelum ini) 1683), di mana dia mempertahankan teori kewibawaan politik berdasarkan hak dan kebebasan individu semula jadi dan persetujuan yang diperintah.

Falsafah John Locke mengilhami dan mencerminkan nilai-nilai Pencerahan dalam pengiktirafannya terhadap hak dan kesetaraan individu, kritikannya terhadap wewenang sewenang-wenangnya (cth., Hak ketuhanan raja), penyokong toleransi agama, dan perangai empirikal dan ilmiahnya yang umum.

Teori politik John Locke secara langsung mempengaruhi Deklarasi Kemerdekaan A.S. dalam penegasannya mengenai hak individu semula jadi dan landasan autoriti politiknya atas persetujuan yang diperintah. Locke juga menganjurkan pemisahan kuasa eksekutif, perundangan, dan kehakiman, ciri bentuk pemerintahan yang ditubuhkan dalam Perlembagaan A.S.

 

v  Monstesquie

Montesquieu berbangsa Perancis dan dianggap sebagai pengasas teori dan kaedah sosiologi. Karyanya yang terkenal berjudul Thoughts on the Causes of Greatness of the Romans and Their Decadence (1734) dan The Spirit of the Law (1748).

Dalam buku yang pertamanya, beliau telah menghuraikan bahawa kebangkitan dan kejatuhan sesebuah empayar itu bergantung kepada faktor moral dan fizikal, bukan secara kebetulan. Buku keduanya merupakan satu pemerhatian mendalam tentang masyarakat yang meliputi bentuk-bentuk kerajaan, budaya, pengaruh ekologi terhadap struktur sosial, kependudukan, perniagaan agama dan undang-undang pada masa itu agak terkedepan kerana isu tersebut baru mendapat perhatian pada akhir kurun ke-20 sahaja.

Beliau telah mengemukakan doktrin pembahagian kuasa dan imbangan kuasa ketika menentang pemerintahan mutlak Perancis. Montesquieu percaya bahawa kuasa harus dibahagikan antara raja dan badan-badan perantaraan seperti parlimen, estet-estet, provinsi, golongan bangsawan, bandar, dan gereja. Mengikut beliau, harus ada pemisahan antara pembentuk undang-undang, perundangan, pelaksanaan keputusan perwakilan rakyat atau cabinet, dan kehakiman. Apabila ketiga-tiga badan ini menjalankan tugas secara berasingan, maka rakyat akan memiliki kebebasan. Doktrinnya mempunyai pengaruh dalam penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1787.

 

v  Max Weber

Max Weber, ahli sosiologi dan ekonomi politik Jerman yang terkenal dengan tesisnya mengenai "Protestant Ethic," yang menghubungkan Protestantisme dengan kapitalisme, dan untuk idea-idea beliau mengenai birokrasi. Beliau lahir pada 21 April 1864 di Erfurt, Prussia, Jerman dan meninggal pada 14 Jun 1920 di Munich, Jerman.

Analisis Weber mengenai masyarakat moden berpusat pada konsep rasionalisasi. Masyarakat yang rasional adalah masyarakat yang dibina berdasarkan logik dan kecekapan daripada moral atau tradisi. Menurut Weber, kapitalisme sepenuhnya rasional. Walaupun ini membawa kepada kecekapan dan kejayaan berdasarkan prestasi, ia boleh memberi kesan negatif apabila dilakukan secara melampau. Dalam beberapa masyarakat moden, ini dapat dilihat ketika rutin yang kaku dan reka bentuk yang ketat membawa kepada persekitaran kerja mekanis dan fokus untuk menghasilkan produk yang sama di setiap lokasi. Contoh lain dari keadaan rasionalitas yang melampau terdapat dalam filem klasik Charlie Chaplin Modern Times (1936). Perwatakan Chaplin melakukan tugas rutin sehingga dia tidak dapat menghentikan gerakannya walaupun tidak bekerja. Memang, hari ini kita bahkan mempunyai keadaan perubatan yang diakui yang disebabkan oleh tugas seperti itu, yang dikenali sebagai "repetitive stress syndrome."

Weber lebih berminat dengan bagaimana individu mengalami perpecahan masyarakat daripada bahagian mereka sendiri. Teori interaksionisme simbolik, yang ketiga dari tiga teori sosiologi yang paling dikenali, didasarkan pada idea awal Weber yang menekankan sudut pandangan individu dan bagaimana individu itu berkaitan dengan masyarakat. Bagi Weber, puncak industralisasi, rasionalisasi, dan sejenisnya menghasilkan apa yang disebutnya sebagai kandang besi, di mana individu tersebut terperangkap oleh institusi dan birokrasi. Dalam satu siri karangan pada tahun 1904, Max Weber mengemukakan idea Protestants Work Ethic, suatu sikap baru terhadap pekerjaan berdasarkan prinsip penaklukan Calvinis. Pada abad keenam belas, Eropah digemparkan oleh Revolusi Protestan. Pemimpin agama seperti Martin Luther dan John Calvin berpendapat bahawa kepercayaan Gereja Katolik akan keselamatan melalui ketaatan. Sementara pemimpin Katolik menekankan pentingnya dogma agama dan melakukan perbuatan baik sebagai pintu masuk ke Syurga, Protestan percaya bahawa rahmat batin, atau iman kepada Tuhan, sudah cukup untuk mencapai keselamatan.

John Calvin secara khusus mempopularkan konsep penentuan nasib Kristian, gagasan bahawa semua peristiwa - termasuk keselamatan - telah diputuskan oleh Tuhan. Kerana pengikut tidak pernah yakin sama ada mereka telah dipilih untuk memasuki Syurga atau Neraka, mereka mencari tanda-tanda dalam kehidupan seharian mereka. Sekiranya seseorang itu rajin dan berjaya, dia mungkin akan menjadi salah satu yang terpilih. Sekiranya seseorang malas atau tidak peduli, dia mungkin akan menjadi orang yang terkutuk. Weber berpendapat bahawa mentaliti ini mendorong orang untuk bekerja keras untuk kepentingan peribadi. Lama kelamaan, etika kerja Protestan menyebar dan menjadi asas kapitalisme.

 

v  Herbert Spencer

Herbert Spencer dilahirkan di England dan menerima pendidikan dalam bidang matematik dan sains semula jadi, namun beliau amat berminat dalam bidang sains sosial. Spencer juga banyak melibatkan diri dalam bidang penulisan. Antara hasil karya adalah seperti Social Statics (1850), The Study of Sociology (1973) dan Descriptive Sociology (1874).

Mengikut pandangan spencer, setiap bahagian dalam masyarakat memainkan peranannya sendiri dan menyumbangkan tenaga kepada kehidupan serta kestabilan sosial sesuatu masyarakat. Beliau telah menghasilkan konsep survival of fittest dan mempercayai bahawa masyarakat manusia berkisar mengikut Principle of Natural Laws. Menerusi proses pemilihan natural ini golongan yang lemah akan terkeluar dan cuma mereka yang kuat akan kekal. Pada pendapatnya, kerajaan tidak sepatutnya membantu golongan yang lemah itu dan akan terus membiarkan golongan yang kuat untuk memajukan diri mereka dan juga masyarakat. Ini adalah kerana jika kerajaan tidak campur tangan dalam kerja-kerja sesuatu masyarakat, tetapi masyarakat itu dengan sendirinya akan berusaha untuk menaikkan taraf sosial mereka. Secara tidak langsung jika dilihat melalui teori yang yang diberikannya ini, daripada segala usaha yang dilakukan oleh mereka yang kuat ini akan turut juga membangunkan ekonomi sesebuah negara. Menurut spencer lagi, terdapat beberapa sistem yang wujud dalam evolusi masyarakat iaitu sistem penahan, pengatur serta pembahagi yang berperanan dalam proses pembangunan sesebuah negara

        i.            Sistem penahan – berfungsi mencukupkan keperluan bagi kehidupan masyarakat (usaha menambahkan pengeluaran makanan kepada penduduk sesebuah negara)

       ii.            Sistem pengatur – berperanan memelihara hubungan antara sesama masyarakat serta    hubungan luar negara (diri pemimpin dalam bidang politik, ketenteraan dan agama)

     iii.            Sistem pembahagi – wujud ketika proses evolusi yang semakin maju (sektor perdagangan dibahagi kepada perdagangan dalam negara dan luar negara)

 

v  Émile Durkheim

Émile Durkheim merupakan seorang penulis yang agak radikal dari Perancis. Beliau juga adalah sebagai salah seorang ahli sosiologi yang meletakkan dasar-dasar sosiologi moden. Dia banyak menulis tentang cara sosiologi, pengetahuan dan sosiologi agama, pembahagian kerja dan bunuh diri, pendidikan dan moral. Antara hasil karyanya yang terkenal ialah The Division of Labour in Society, Rules of Sociological Method, Suicide dan The Elementary Forms of Religious Life.

Durkheim merupakan pelopor kepada kaedah-kaedah sosiologi menerusi kajian yang sistematik dan beliau telah menggunakan statistic untuk membuktikan hipotesis. Kaedah penyelidikan yang diciptanya telah menjadi panduan asas kepada ahli-ahli sosiologi moden dalam membuat penyelidikan hingga ke masa sekarang.

Teori fungsional dikaitkan dengan idea Durkheim dalam the division of Labour in Society. menerusi buku ini, beliau memberi satu reaksi terhadap masyarakat industrial moden cukup didasarkan pada perjanjian kontrak antara individu yang didorong oleh kepentingan diri sendiri tanpa didahului oleh kesepakatan beliau juga memperkenalkan konsep Organic Solidarity dan Mechanical Solidarity.

Ø  organic solidarity – hubungan sosial dalam masyarakat perindustrian berdasarkan saling pergantungan antara individu yang menjalankan aktiviti-aktiviti pengkhususan

Ø  mechanical solidarity – hubungan sosial dalam masyarakat pra industri yang kecil berdasarkan persepsi bahawa individu di dalamnya adalah sama dan akan hidup bersama.

 

v  Charles Dickens

Charles John Huffam Dickens adalah seorang penulis Inggeris dan pengkritik sosial yang lahir pada 7 Februari 1812 dan meninggal dunia pada 9 Jun 1870. Dia mencipta beberapa watak fiksyen terkenal di dunia dan dianggap oleh banyak orang sebagai novelis terhebat pada zaman Victoria. Dickens dikenang sebagai salah seorang penulis yang paling penting dan berpengaruh pada abad ke-19. Di antara pencapaiannya, dia dipuji kerana memberikan potret yang jelas dari kelas bawah era Victoria, yang membantu membawa perubahan sosial.

Dickens menikmati populariti yang lebih luas sepanjang hayatnya berbanding penulis sebelumnya. Banyak karyanya dapat menarik minat orang sederhana dan canggih, orang miskin dan ratu, dan perkembangan teknologi serta kualiti karyanya memungkinkan kemasyhurannya tersebar di seluruh dunia dengan sangat cepat. Kariernya yang panjang menyaksikan turun naik dan penerimaan novel individu, tetapi tidak ada satupun yang diabaikan atau tidak bersifat atau tidak dihiraukan, dan, walaupun dia kini dikagumi untuk aspek dan fasa karyanya yang kurang diberi perhatian oleh sezamannya, popularitinya tidak pernah berhenti. Pengarang Inggeris ini lebih dari sekadar penghibur yang hebat. Jangkauan, belas kasihan, dan kepandaian keprihatinan masyarakatnya dan kekurangannya memperkaya novelnya dan menjadikannya salah satu kekuatan hebat dalam sastera abad ke-19 dan juru bicara yang berpengaruh terhadap hati nurani zamannya.

 

v  George Orwell

George Orwell atau yang memiliki nama asli sebagai Eric Arthur Blair (25 Juni 1903-21 Januari 1950) merupakan seorang penulis novel, esei, wartawan, dan pengamat politik serta budaya di Inggris. Blair mulai ramai dikenal oleh khalayak ramai, ketika tulisan-tulisannya dalam bentuk buku, esei mahupun novel memberikan motivasi bagi perubahan sistem penindasan manusia saat itu.

Berdasarkan Novel 1984 karya Orwell, Ever H. D kemudian mendefinisikan Birokrasi Orwell sebagai peningkatan kontrol birokratik secara keseluruhan. Kontrol, tekanan, dan paksaan dari birokrasi bertujuan agar proses pembangunan sebuah negara dapat berjalan lancar, hal ini juga menyebabkan semakin kuatnya birokrasi dan menjadi alat kekuasaan negara untuk mengendalikan kegiatan ekonomi, politik, dan sosial masyarakat yang mutlak melalui pengaturan bahkan paksaan. Birokrasi Orwell dapat disimpulkan sebagai penguasaan atas sebahagian besar kehidupan masyarakat yang disebabkan ketergantungan masyarakat kepada birokrasi melalui manifestasi program-program pembangunan yang direncanakan oleh pemerintah dan kebanyakan program tersebut bersifat top-down.

Beberapa karya Blair yang terkenal dan terinspirasi dari pengalaman hidupnya ialah seperti Down and Out in Paris and London (1933), Burmese Days (1934), A Clergyman’s Daughter (1935), Keep the Aspidistra Flying (1936), The Road to Wigan Pier (1937), dan Coming Up for Air (1939).

 

v  Karl Marx

Karl marx (5 May 1818 – 14 March 1883) dilahirkan pada 15 may 1818 di trier, prusia dan yang kini dikenali sebagai Jerman beliau juga pernah menetap di prancis Belgium dan Jerman. Beliau pada awalnya merupakan bangsa yahudi namun setelah bapa yang bernama Heimrich Marx telah menjadi kristian pada usia 36 tahun. Karl Marx mempunyai isteri yang bernama jenny Von Westphalen dan dikurniakan tujuh orang anak. Karl Marx telah meninggal dunia pada 14 march 1883 di London. Ketika beliau masih muda beliau telah mendapat pendidikan oleh bapanya iaitu Heinrich Marx. Pada usia 17 tahun Karl Marx telah Berjaya memasuki universiti Bonn. Pada usia yang muda ini Karl Marx sangat meminati dan mempelajari tentang ilmu falsafah dan sastera. setelah itu Karl Marx dipindahkan ke universiti Berlin seterusnya Berjaya menerima gelaran Doktor falsafah. (wink 2009)

Siapakah itu Karl Marx? Karl max ialah seorang ahli falsafah Jerman, ahli ekonomi, ahli sejarah, ahli sosiologi, ahli teori politik, wartawan dan revolusi sosialis. Karl Marx telah menerbitkan beberapa karya antaranya karya(with Friedrich Engels) “Manifest der Kommunistischen Partei (1848), commonly known as The Communist Manifesto, Karl Marx juga menerbitkan buku terpenting dalam pergerakan revolusi  itu iaitu “Das Kapita”l. Penulisan-penulisan hasil dan lain-lain oleh Marx dan Engels telah membentuk perkara asas dalam  pemikiran dan kepercayaan yang dikenali sebagai Marxisme.

 

v  Charles Darwin

Charles Robert Darwin adalah seorang naturalis yang telah dilahirkan British. Beliau adalah seorang naturalis yang memulakan teori evolusi berdasarkan pemilihan semula jadi. Charles telah menghasilkan The Origin of Species by Means of Natural Selection or the Preservation of Favoured Races in the Struggle for Life, yang edisi pertamanya dengan judul The Origin of Species diterbitkan pada 1859. Teori evolusi merupakan perubahan frekuensi alel (genetik) pada sifat-sifat terwariskan yang ada pada suatu generasi ke generasi berikutnya.

Secara garis besar, teori ini menyatakan bahwa makhluk hidup yang ada di dunia sampai dengan saat ini merupakan hasil perkembangan dari makhluk yang telah ada sebelumnya, baik yang menyangkut struktur mahupun fungsi, secara turun temurun dari generasi ke generasi. Dengan demikian, perubahan yang merupakan hasil perkembangan itu berlangsung dalam waktu yang amat panjang, iaitu jutaan tahun seiring dengan evolusi alam semesta.

v  Louis de Bonald

Louis Gabriel Ambroise, Vicomte de Bonald telah berasal dari Perancis. Beliau adalah seorang ahli falsafah dan ahli politik kontra-revolusioner.

Bonald published one of the most violent anti-Semitic texts of the post-French Revolutionary period, Sur les juifs. In it, the Philosophes are condemned for fashioning the intellectual tools used to justify Jewish emancipation during the Revolution. Bonald accuses the Jews of not becoming "authentic" French citizens and disrupting traditional society

Bonald telah menerbitkan salah satu teks anti-Semit yang paling ganas pada zaman Revolusi Pasca Perancis, Sur les juifs. Di dalamnya, para ahli falsafah telah dikutuk kerana membuat alat intelektual yang digunakan untuk membenarkan pembebasan Yahudi semasa Revolusi. Bonald menuduh orang Yahudi tidak menjadi warganegara Perancis yang "sahih" dan mengganggu masyarakat tradisional.

 

4.0 Aliran pemikiran sosial klasik dalam penyelesaian masalah masyarakat

 

4.1 Aliran Romantisisme

Romantisme merupakan satu gaya dalam bidang seni halus dan kesusasteraan, ia lebih cenderung kepada penyataan emosi yang sepenuhnya, aksi yang bebas dan spontan lebih daripada kawalan serta peraturan. Romantisme berbeza dengan suatu gaya lain iaitu Klasikisme.Aliran Romantisme merupakan sebuah Gerakan yang mementingkan aspek seni, sastera dan intelektual. Aliran berasal dari Eropah Barat, ia muncul pada abad ke-18 ketika berlakunya Revolusi Industri di Eropah Barat. Aliran ini merupakan revolusi yang melawan norma-norma kebangsawanan, sosial dan politik. Ia menekankan reaksi terhadap rasionalisasi alam yang terdapat dalam bidang seni dan sastera dan juga memberi penekanan yang kuat kepada aspek emosi yang merupakan pengalaman daripada estetika. Negara-negara yang terlibat dengan aliran Romantisme ialah Jerman, Rusia, Sepanyol, Perancis, Amerika Latin dan Amerika Syarikat (Mohd Fadhil Nazrin Bin Mohd Rodhi, 2012).

Victor Marie Hugo ialah salah satu tokoh aliran Romantisme. Beliau merupakan seorang penulis aliran Romantisme pada abad ke-19. Selain itu, Beliau juga ialah penyair Romantisme yang terkenal di Perancis, antara karya puisinya yang terkenal di Perancis ialah “Les Contemplations” dan “La Légende des siècles”. Kesemua hasil karya oleh Victor Marie Hugo menggambarkan isu politik, sosial dan kecenderungan terhadap bidang kesenian pada zamannya. Karya-karya yang dihasilkan oleh Beliau mendominasi hamper sepanjang abad ke-19. Dengan itu, dalam bidang satera perancis Beliau menduduki tempat yang terhormat (Mohd Fadhil Nazrin Bin Mohd Rodhi, 2012).

Romantisme mendapat keinginan yang tidak terhad. Romantisme menekankan aspek kebebasan individu, ia tidak cenderung untuk membatas kebiasaan sosial dan pemerintahan politik yang tidak adil. Willian Blake, seorang penyair romantis dan pelukis Inggeris menyatakan bahawa Beliau “dapat melihat Dunia dalam Sebutir Pasir dan Suatu Syurga dalam Sekuntum Bunga Hutan”. Ahli Romantisme melihat alam semulajadi sebagai sesuatu yang hidup, sesuai dengan perasaan cinta dan rasa simpati manusia (Mohd Fadhil Nazrin Bin Mohd Rodhi, 2012).

 

4.2 Aliran Positivisme

Aliran positivisme adalah suatu doktrin dalam falsafah sains yang menegaskan bahawa pengetahuan sebenar adalah pengetahuan yang diperolehi hanya daripada pengalaman pancaindera (sensory experience), iaitu sesuatu hanya boleh diperhati dan diukur. Hanya fakta boleh dibuktikan kesahihannya melalui sains fizikal dianggap sebagai pengetahuan sebenar. Kaedah sains fizikal dianggap sebagai satu-satunya cara yang tepat untuk mempengaruhi pengetahuan. Aliran ini menekan the scientific method dalam menganalisis isu-isu sosial. Ia dilihat sebagai “bende” dan perlu dianalisikan secara objektif tanpa dipengaruhi oleh nilai pengkaji. Hasil daripada kajian boleh diutarakan untuk dijadikan penyelesaian masalah yang dikaji.

Antara tokoh yang terkenal adalah tokoh Auguste Comte, seorang filosofi sekaligus sosiologi ternama. Aliran ini mula dikembangkan oleh Comte sejak abad ke-19. Seiring dengan kemajuan zaman, positivisme juga dikembangkan oleh beberapa tokoh terkenal. Beberapa tokoh positivisme ini cukup besar pengaruhnya dalam perkembangan positivisme antaranya Saint Simon, Emile Durkheim, Kolakowski dan Anthony Giddens.

Aliran ini mula menjadi model kajian sains sosial, khususnya di Amerika Syarikat dan negara-negara lain selepas tercetusnya Perang Dunia Kedua (Neuman, 2011). Menurut Bourdeau (2014) dan Howell (2013), paradigma positivisme yang diperkenalkan oleh Auguste Comte melalui penulisan beliau yang bertajuk A General View of Positivisme pada tahun 1844 mula diterima secara meluas di Barat pada separuh kedua abad ke-19. Comte berpandangan bahawa penyelidikan dalam sains sosial perlu berasaskan pengamatan empirikal yang dapat ditaakul secara sebab dan akibat menggunakan perkaedahan saintifik (Babbie, 2013).

 

 

 

 

4.3 Aliran Behaviorisme

Aliran Behaviorisme adalah satu aliran yang mula dipercayai pada abad ke-20. Behaviorisme mempercayai bahawa adalah lebih penting untuk mengkaji tingkah laku manusia daripada proses pemikiran manusia. Behaviorisme juga dinyatakan sebagai satu kajian terhadap perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan, di kawal dan diramal. Aliran ini mengkaji perhubungan antara rangsangan (stimulus) dan gerak (response) apabila seseorang bertindak dalam persekitaran luaran.

Antara tokoh yang paling dikenali dalam aliran ini adalah John B. Watson. Minat awal beliau adalah pada falsafah dan akhirnya beralih ke bidang psikologi, Pada tahun 1903, beliau akhirnya menyelesaikan kajiannya berkaitan Behaviorisme. Pada tahun 1912 beliau menulis karya utamanya yang dikenal sebagai ‘Behaviorist’s Manifesto’ iaitu “Psychology as the Behviorists Views It”. Selain daripada itu, B.F. Skinnier juga dikenal sebagai tokoh Behaviorisme. Beliau berpendapat bahawa Behaviorisme adalah satu aliran psikologi yang menekan pada tingkah laku manusia sebagai manusia reaktif yang memberikan respon terhadap sekitarnya, pengalaman dan penilaian akan membentuk respon tersebut. Respon yang dinyatakan terbahagi kepada dua, iaitu respon positif dan negatif.

Aliran Behaviorisme memberi fokus terhadap tingkah laku yang ingin dilihat, diukur dan dinailai. Tingkah  laku ini boleh dibentuk melalui persekitaran dan peneguhan yang diberi. Antara tokoh-tokoh aliran Behaviorisme, teori Skinner yang paling besar pengaruhnya terhadap perkembangan aliran ini. Pada tahun 1938, dalam buku terbitan beliau yang berjudul “Behavior of Organism”, beliau telah memperkenalkan Teori Pelaziman Operan. Teori ini banyak digunakan untuk mendidik dengan memberikan ganjaran atau peneguran.

 

4.4 Historical Materialisme

Aliran pemikiran sosial klasik historical materialisme atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai materialisme sejarah. materialism ini merupakan satu metodologi atau kaedah kajian yang digunakan oleh ahli-ahli sejarah dan bertujuan mengkaji perkembangan manusia dan ekonomi melalui sejarah. Aliran pemikiran ini diasaskan oleh Karl Marx telah mewujudkan suatu teori sejarah yang berlandaskan materialisme dialektik yang menganalisis perkembangan sejarah dengan mengambil kira hubungan dialektikal antara asas ekonomi masyarakat dengan kesedaran manusia, sekali gus telah menolak pendapat golongan idealis yang percaya bahawa perubahan masyarakat berlaku kerana adanya tokoh-tokoh yang hebat yang memimpin sesuatu perubahan tersebut.

Dalam fahaman materialisme ini bertentangan dengan agama islam yang syumul iaitu di mana materialisme mengatakan asal usul kejadian alam ini adalah secara kebetulan, fahaman ini telah menolak konsep tuhan. Konsep ini telah menyebabkan munculnya fahaman evolusi antaranya ialah Charles Darwin iaitu bagi mereka alam kini secara “Natural Selection” iaitu kewujudan alam ini secara evolusi atom. Menurut Charles Darwin perkembangan evolusi ini menjadi satu tarikan dan tolakan dalam sistem atom. Kejadian organisma di bumi bermula daripada satu sel kemudian nya berkembang secara sendiri tanpa kawalan lain. Menurutnya lagi perkembangan ini mempunyai tahap organisma yang paling hebat iaitu sehingga terjadinya bentuk manusia (Hasrol Hashim 2011)

 Faktor –faktor perubahan sejarah masyarakat berpandukan objektif tersebut iaitu, perkembangan ekonomi masyarakat, perkembangan teknologi dan kuasa produktiviti masyarakat, dan pertentangan, konflik dan perjuangan antara kelas-kelas sosio ekonomi.

    Dalam aliran Karl Marx ini membicarakan tentang perkembangan masyarakat dalam erti kata lain manusia mampu berkembang dan bekerja, mempunyai karier dan membahagiakan manusia lain. “Segala sejarah masyarakat sehingga ke hari ini, adalah sejarah perjuangan kelas.” (Karl Marx & Friedrich Engel, Manifesto Komunis, 1848) manusia boleh dibentuk dengan kehidupan iaitu membentuk masyarakat manusia dari segi kesan tindakan yang dilakukan manusia itu sendiri. Dalam fahaman ini lebih mementingkan ekonomi sosial sesuatu tempat tersebut. (Trisna Nurdiaman 2015)

 

 

 

Rujukan

Ari Welianto. 2020. Penyebab Terjadinya Revolusi Perancis. Kompas. https://www.kompas.com/skola/read/2020/05/27/160000869/penyebab-terjadinya-revolusi-perancis?page=all [1 Disember 2020].

Dr. Zahid Emby & Dr. Sarjit Singh. 2012. ABXS1103 Pengantar Sains Sosial. Open University Malaysia. https://www.academia.edu/31691466/ABXS1103_Pengantar_Sains_Sosial

     [24 November 2020]

 

Mohd Syahmir Alias. 2018. Aliran Positivisme. Objektiviti Dalam Penyelidikan Sains Sosial: Perbandingan Perspektif Positivisme dengan Perspektif Islam [1 Januari 2018]

 

My Blog (2014) Sumbangan Pemikiran Karl Marx

http://ebooksociologyliterature.blogspot.com/2014/08/sumbangan-pemikiran-karl-marx.html [6 Disember 2020]

Naufal Wahyu. (2019). Makalah Aliran Behaviorisme. Academia.Edu.

https://www.academia.edu/19678155/Makalah_Aliran_Behaviorisme

 

Rohana Yusof (2006), Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi, Cetakan keempat, hlmn 32-34, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Sivachandralingam Sundra Raja, Ayadurai Letchumanan (2018), Sejarah dunia (1500-1955), Edisi Keempat, hlmn 261, Oxford Fajar, Selangor.

Sosialis, (2018) Teori Sejarah Marxis https://sosialis.net/2018/09/17/teori-sejarah-marxis/

[6 disember 2020]

Trisna Nurdiaman, (2015) Makalah Karl Marx Tsk https://www.slideshare.net/trisnaalient/makalah-karl-mark-tsk [6 Disember 2020]

Wink, (2009) Biografi Karl Marx, Kisah Bapa Sosialisme dan Pemikiranya

https://www.biografiku.com/biografi-karl-marx#forward [6 Disember 2020]

Yogie Pranowo, (2011) Pandangan Materialism Menurut Karl Marx

https://www.kompasiana.com/othinx/5500dc038133112019fa7e9e/pandangan-materialisme-historis-karl-marx [6 Disember 2020]

Philip Collin, (2020) Charles Dickens, Encyclopædia Britannica

https://www.britannica.com/biography/Charles-Dickens-British-novelist

Graham A.J. Rogers, (2020) John Locke, Encyclopædia Britannica

https://www.britannica.com/biography/John-Locke

Comments

Popular posts from this blog

CARA MEMARTABATKAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA SEJAGAT

CIRI-CIRI SEORANG PENARI