CARA MEMARTABATKAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA SEJAGAT
Cara pertama adalah dengan memperbanyakkan iklan untuk mempromosikan keindahan kebudayaan dan kesenian Malaysia. Tindakan ini boleh dijalankan oleh pihak kerajaan dengan bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan agar pengiklanan dapat diperluaskan bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di kawasan luar bandar dan menjadikan iklan tersebut menarik supaya dapat menarik minat anak-anak generasi kini. Di peringkat sekolah, pihak sekolah boleh menubuhkan persatuan dan kelab kesenian dan kebudayaan Malaysia untuk memartabatkan kesenian dan kebudayaan di Malaysia. Hal ini dapat menarik minat para pelajar kerana mereka tidak akan rasa keseorangan kerana semua pelajar di sekolah akan terlibat. Pelajar juga dapat memupuk minat tentang kebudayaan dan kesenian Malaysia sejak di bangku sekolah lagi. Dalam pada itu, cara ini dapat dilaksanakan dengan mewajibkan penyertaan pelajar dan untuk menarik minat mereka, sekolah boleh menganjurkan program-program kebudayaan dan juga pertandingan kese...
Comments
Post a Comment