RULES OF NETIQUETTE

 BAHASA & TEKNOLOGI MAKLUMAT (QUIZ 2)


Berdasarkan penganalisisan saya, rules of netiquette merupakan senarai etika pengguna ketika melayari internet. Ini kerana, netiquette berasal daripada perkataan network yang bermaksud jaringan dan etiquette yang membawa maksud etika atau disiplin. Netiquette ini, pada pendapat saya, sangat perlu dititikberatkan untuk menjaga keamanan semua pihak ketika kita berada di atas talian.

            Saya telah membuat pelbagai pembacaan di atas talian mengenai etika-etika ini tetapi yang paling ketara adalah sepuluh etika utama semasa melayari internet.

Beringat kepada manusia ataupun pengguna internet yang lain.

Seperti kita berada di dunia nyata, kita hendaklah sentiasa beringat bahawa pengguna internet yang lai juga merupakan manusia normal yang mempunyai hati dan perasaan. Hati dan perasaan manusia amat senang terguris maka kita perlu sentiasa berjaga-jaga dan tidak melukakan hati mana-mana oihak di atas talian.

Menghormati privasi orang lain.

Peraturan ini juga merupakan salah satu adab kita melayari internet. Kita perlu menghormati privasi orang dan tidak menjaga tepi kain pengguna internet lain.

Meminta maaf jika terbuat kesilapan terhadap orang lain.

Seterusnya, kita haruslah sentiasa mengaku akan kesilapan kita di alam nyata mahupun di atas talian. Ini kerana, meminta maaf bukannya tanda yang kita salah dan kalah tetapi ianya menunjukkan yang kita merupakan pihak yang lebih matang dan kita juga akan menjadi lebih tenang kerana kita tahu yang kita tidak ada musuh di luar mahupun di dalam.

Sentiasa berkongsi maklumat terkini dan sahih semasa di atas talian.

Ini merupakan etika yang paling penting pada abad ini. Ini kerana, dewasa ini, banyak maklumat palsu yang tersebar pantas dan luas dan menyebabkan kesusahan banyak pihak. Sebagai pengguna internet yang bertanggungjawab, kita seharusnya memastikan kesahihan sesuatu maklumat dan seterusnya menyebarkan kebenaran.

Pastikan dapat pandangan yang baik terhadap pengguna internet yang lain.

Etika ini pula lebih kepada menjaga imej diri sendiri dan ini dapat memvantu kita di masa yang akan dating supaya pandangan dan impresi orang lain terhadap kita terjamin dan terjaga. Air muka dan maruah kita akan terpelihara.

Menghormati masa orang lain.

Selain itu, menghormati masa orang lain juga amat penting Ketika berada di alam maya. Tidak semua orang mempunya garis masa yang sama dengan kita dan kita harus peka tentang itu dan tidak mendesak pengguna lain untuk mengikuti masa kita.

Tahu yang kita sedang berada di alam maya.

Ini merupakan disiplin yang sangat perlu diambilberat kerana mengetahui keberadaan kita akan menyebabkan kita peka dan tidak leka. Apabila kita peka dan tahu di mana kita berpijak, kita akan menetapkan adab yang perlu dijalankan dan menjadi manusia dan pengguna yang bertanggungjawab.

Mematuhi peraturan dan disiplin yang kita praktikkan di dunia sebenar dan di atas talian.

Peraturan ini juga sangat asas dan semua pengguna internet perlu menrapkan peraturan ini Ketika melayari internet.

Tidak menyalahgunakan kuasa yang kita ada.

Setiap pengguna internet mempunyai kuasa dan hak masing-masing namun, penyalahgunaan kuasa di atas talian boleh menyebabkan akibat yang buruk dan tidak dapat dibayangkan. Kita tidak seharusnya menyalahgunakan kuasa dan hak yang kita ada.

Membantu memastikan peperangan di dalam internet reda.

Ini juga merupakan etika yang bagus kerana di atas talian, banyak perbalahan yang wujud, maka, sebagai pengguna yang prihatin, kita seharusnya membantu peperangan di atas talian ini untuk reda supaya tidak memudaratkan mana-mana pihak di alam nyata.

 

            Sebagai kesimpulan, kita wajib menerapkan etika asas dan utama ini semasa melayari internet kerana ini telah menjadi tanggungjawab yang perlu kita pikul Bersama bagi memastikan keamanan semua pihak.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MEMARTABATKAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA SEJAGAT

CIRI-CIRI SEORANG PENARI